Monday, January 7, 2008

Indahnya cabaran....

Semuanya bertitik tolak dari keinginan mencuba sesuatu dari tugas yang biasa dilakukan. Kerja makan gaji kadang kala membosankan terutama bila melakukan satu perkara yang sama setiap hari. Walaupun tugas sebagai wartawan sentiasa berjumpa dengan orang ramai dan bertemu orang yang berbeza saban hari, tapi masih juga terbit rasa keinginan untuk mencari sesuatu yang berbeza yang boleh memberikan satu inspirasi untuk terus berjaya....
Minat dalam bidang perniagaan memang telah lama terbit dihati. Pernah dulu pada tahun 2003, aku mencuba menjalankan perniagaan kosmetik bersama dua lagi rakan. Semuanya atas dasar kepercayaan, walaupun tahu waktu itu aku tiada lansung persediaan dan pengetahuan untuk memasuki bidang yang penuh mencabar itu. Duit habis berpuluh2 ribu, terpaksa meminjam dengan bank sebanyak RM50,000 (hutang itu akan habis pada Feb ini..alhamdulillah), ditambah dengan duit keluarga yang lain. Bagi aku waktu itu, berniaga hanya akan membabitkan keuntungan, tanpa memikirkan risiko dan strategi yang perlu dirancang. Produk *** itu hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja, setelah melalui pelbagai masalah dan cuba bertahan sebaik mungkin., akhirnya terpaksa menerima hakikat sebuah KEGAGALAN. Waktu itu, tak boleh nak bayangkan bagaimana perasaan, namun syukur aku tidak mengambil keputusan untuk berhenti kerja, jadi masih ada tempat bergantung selain dari suami. Selepas itu, aku tutup buku tentang perniagaan, tak mahu lansung ia terlintas difikiran, malah aku langsung tidak boleh terpandang produk itu.... jadi terlalu phobia. Namun dari situ aku semakin sedar dan mula belajar, bahawa perniagaan tidak akan berjaya tanpa kita mendalami produk yang ingin kita jual. Aku akui bidang kosmetik bukan bidang yang dalam gengaman aku, malah aku lansung tak tahu dr segi pemasaran dan sebagainya... semuanya O...,
Namun setalah 5 tahun berlalu...perasaan untuk meniaga muncul kembali, tapi mengambil iktibar pengalaman itu, aku berhasrat untuk melakukanya secara kecil-kecilan. Yang terlintas difikiran ketika itu, untuk menjual makanan ringan. Niat itu aku kongsi dengan suami tercinta. Beliau menyokong dari belakang, malah dari hasrta itu terbit pelbagai -bagai ide yang kadang kala menimbulkan rasa lucu. Aku beruntung kerana suami dalam bidang media, dan juga pernah terlibat juga dalam pemasaran, jadi dia yang merancang bagaimana strategi yang ingin dilakukan. Langkah pertama yang aku ambil ialah dengan menghubungi seorang rakan di Batu Pahat yang mana menjalankan perniagaan kerepek. Waktu tu terfikir nak pasarkan kerepeknya yang pelbagai 2 jenis. Kami sanggup pergi ke sana bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Jadi maknanya aku dah ada sesuatu yang boleh dijual. Percubaan pertama itu walaupun belum menampakkan kejayaannya, namun hati tetap puas, kerana aku semakin berani mencuba dan keinginan itu terus meluap-luap dengan mencuba hasilkan sendiri "snack" yang diharapkan akan menjadi kesukaan ramai iaitu "tiram sari" dan "Kacang Sembunyi".
Pelbagai ide kini melintas difikiran bagi merealisasikan hasrat di Garden Purple, dan mungkin selepas ni akan muncul pula, garden cookies, garden barkery, garden gift dan sebagainya lagi.. , jadi sokongan semua amat diharapkan untuk kami mencapai kejayaan ini. Semoga tahun 2008 akan memberikan kami lebih banyak kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang kerana tahu, kejayaan tidak akan datang bergolek dan perjalanan Garden Purple masih jauh lagi...
Wassalam...


No comments: